suria

Model Teman Wanita Bobby (iKON)

Percintaan Bobby dan Lee Seo Yoon mula dihidu peminat.

ANGGOTA kumpulan iKON, Bobby dilaporkan sedang hangat bercinta dengan seorang model jelita dikenali sebagai Lee Seo Yoon.

Allkpop melaporkan, percintaan pasangan itu mula dihidu selepas Seo Yoon dilihat hadir pada majlis pelancaran album solo Bobby berjudul Love & Fall pada 14 September lalu.

Bobby ketika mengadakan persembahan pada acara itu tiba-tiba menjerit 'gadis paling cantik sedang berada di sini' dan Seo Yoon berdiri sebagai respon kepada jeritan penyanyi rap itu dari pentas.

Bagaimanapun bibit-bibit percintaan mereka sebenarnya sudah lama dihidu peminat apabila pasangan itu dilihat memakai gelang tangan serupa.

Model itu juga pernah membintangi video muzik Body nyanyian kumpulan iKON.

Bobby, iKON

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain