suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Kekasih Justin Bieber Temui Cinta Baharu

Pasangan ini dikatakan sedang hangat bercinta kerana kerap meluangkan masa bersama.

SETELAH berpisah dengan penyanyi Justin Bieber, model Sofia Richie dikatakan sudah menemui cinta baharu apabila dilihat bersama dengan personaliti televisyen, Scott Disick.

Menurut portal Daily Mail, Scott yang juga bekas kekasih Kourtney Kardashian dilihat menghabiskan waktu bersama dengan bersiar-siar di kawasan elit di Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Lebih menarik apabila kedua-duanya menggayakan pakaian sedondon berwarna hitam dan putih.

Aksi Sofia dan Scott ketika percutian kapal layar mewah di Perancis.

Sumber memaklumkan Scott dan Sofia seperti pasangan yang tidak boleh dipisahkan kerana mereka berdua kerap dilihat meluangkan waktu bersama.

"Mereka nampak bahagia apabila keluar berdua sehinggakan Scott membuka pintu kereta dan membayar pembelian Sofia," kata sumber kepada portal People.

Pasangan ini pernah mencuri perhatian peminat dunia apabila dilihat bersantai mesra di sebuah kapal layar mewah di Cannes, Perancis.

Kerap bersama membuatkan ramai peminat menyangka mereka sedang hangat bercinta, sehinggakan Sofia memuat naik status di laman Twitter pada Mei lalu, "Berhentilah mencampuri urusan orang lain, kami cuma teman #relax".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain