Kim Woo Bin Jadi Buruan Polis Filipina - Bintang Global | mStar

Kim Woo Bin Jadi Buruan Polis Filipina

Kim Woo Bin disangka sebagai penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di Filipina.

PELAKON Kim Woo Bin mendedahkan dia hampir tidak dapat pulang ke Korea selepas menjalani penggambaran di Filipina selepas pihak berkuasa di negara itu menyangka dia adalah penjenayah dikehendaki.

Akibat daripada itu, Woo Bin berkata, dia hampir ditahan selama sebulan di Filipina apabila dia dilarang meninggalkan negara itu.

Bercakap ketika mempromosikan filem yang berjudul Master itu, Woo Bin turut memberitahu dia dihubungi pihak berkuassa seminggu sebelum pulang ke korea dan diberitahu dia sedang diburu polis dan tidak dibenarkan meninggalkan Filipina.

Masalah itu timbul apabila Filipina sedang menjejaki seorang penjenayah dari Korea yang mempunyai nama sama dengan Woo Bin iaitu Kim Hyun Joong (nama sebenarnya).

Bagi menyelesaikan masalah itu dia menyerah diri kepada pihak berkuasa bagi membuktikan dia bukanlah orang di kehendaki oleh pihak polis.

Kim Woo Bin , Master , Filipina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Suami Orang Cinta Baru Mel B

Artikel Lain