suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Agensi Perjelas Gosip Cinta Hyungwon (Monsta X)

Hubungan cinta Hyungwon dan teman wanitanya sudah lama berakhir.

SPEKULASI mengenai hubungan cinta penyanyi Hyungwon dengan teman wanitanya akhirnya terjawab apabila mereka sebenarnya sudah berpisah sejak awal tahun ini.

Wakil syarikat pengurusan kumpulan itu, Starship Entertainment dalam satu kenyataan mengesahkan mengenai perkara itu yang menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Soompi melaporkan, agensi itu turut memohon maaf kepada peminat kerana lambat memberi kenyataan rasmi berhubung gosip itu sehinggakan mereka tertanya-tanya.

"Hubungan Hyunwon dan teman wanitanya sudah berakhir sejak awal tahun ini lagi dan mereka tidak pernah bertemu sejak dari itu.

"Kami tidak boleh lihat peminat Monsta X kecewa disebabkan berita palsu dan komen negatif berkaitan Hyunwon di media sosial," kata kenyataan itu.

Syarikat pengurusan tersebut juga berjanji akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak menyebarkan berita palsu mengenai perkara itu.

Hyungwon, Monsta X

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia