Seungri Belajar Bahasa Mandarin - Bintang Global | mStar

Seungri Belajar Bahasa Mandarin

Seungri belajar bahasa Mandarin demi peminat.

BEGITU lancar penyanyi Seungri bercakap dalam bahasa Mandarin ketika sesi bertemu media di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Mana tidaknya, ahli kumpulan Big Bang itu bercakap cukup fasih ketika ditemu bual sehingga membuatkan semua kagum dengannya.

Ketika ditanya mengapa dia ingin mempelajari bahasa Mandarin, Seungri memberitahu dia melakukannya kerana peminat.

"Saya bimbang peminat berbangsa Cina tidak dapat memahami apa yang cuba saya katakan jika menggunakan bahasa Korea.

"Atas sebab itu saya belajar bahasa Mandarin kerana ingin berasa lebih dekat dengan semua peminat saya," katanya.

Bagaimanapun kata Seungri, dia juga berharap peminat-peminatnya dapat mempelahari bahasa ibundanya juga sebagai salah satu cara mengenali budaya masing-masing.

Sementara itu, Seungri berkata, dia tidak memasuki kelas bahasa sebaliknya mempelajari bahasa Mandarin daripada program televisyen.

"Saya tidak ada guru atau memasuki kelas cuma belajar daripada rakan-rakan dan banyak menonton program berbahasa Mandarin di televisyen.

"Cara itu lebih berkesan dan menyeronokkan!," katanya.

Seungri , Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi