suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kekasih Baharu Harry Style Jadi Perhatian

Harry dan Camille kerap dilihat meluangkan masa bersama.

SALAH seorang ahli kumpulan One Direction iaitu Harry Style dilaporkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model jenama terkenal Victoria Secret.

Menerusi laporan Us Weekly, pelakon filem Dunkirk ini kerap dilihat bersama model bernama Camille Rowe.

Malah foto mesra mereka juga pernah dirakam oleh jurugambar bebas dan wanita tersebut menarik perhatian peminat-peminat Harry. 

"Harry dilihat berpelukan dan menari bersama kekasihnya dan mereka sangat bahagia dan menikmati waktu bersama," kata sumber yang pernah melihat pasangan ini di sebuah majlis. 

Gosip cinta Harry dan Camille mula berterbangan sejak bulan lalu ketika rakan baik Harry iaitu Nick Grimshaw menunjukkan foto model tersebut.

"Harry dan Camille sedang mengenali satu sama lain. Dia sangat berhati-hati dengan hubungan yang baru berputik ini. Jadi, dia tidak mahu hubungan cinta mereka diganggu," kata sumber kepada portal The Sun. 

Harry Style, One Direction

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia