suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Dong Wook Tegur Peminat Biadap

Lee Dong Wook tegur sikap biadap peminat terhadapnya.

TIDAK tahan dengan sikap biadap ditunjukkan, pelakon terkenal Lee Dong Wook menegur seorang peminatnya di hadapan orang ramai.

Kejadian itu berlaku ketika Dong Wook menghadiri sebuah acara bertemu peminatnya yang diadakan di Taipei, Taiwan baru-baru ini.

Allkpop melaporkan peminat wanita itu yang dapat bertemu dengan Dong Wook di pentas tiba-tiba bertanya kepada pelakon drama Goblin itu sama ada dia mengingatinya.

Bagaimanapun wanita itu mula bertukar marah apabila Dong Wook memberitahu tidak mengingatinya sehingga membuatkan orang sekeliling terkejut dengan perilaku peminat itu.

"Adakah anda masih ingat saya? Anda kata kita akan bertemu lagi," tanya wanita itu.

Tidak mahu memanjangkan perkara itu, Dong Wook meminta maaf kepada wanita dan meminta agar dia menjaga perilaku memandangkan ramai sedang memerhatikan mereka.

"Anda sudah berada di atas pentas dan sentiasa bertemu dengan saya, jadi apa kata anda turun?

"Saya minta maaf tidak mengingati anda dan saya minta maaf kerana itu dan adalah lebih baik anda jangan tunjukkan kemarahan, orang sedang memerhati," kata Dong Wook.

Lee Dong Wook

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain