suria

John Mayer Pertahankan Justin Bieber

John cuba mempertahankan Justin yang membatalkan konsert di saat akhir.

PEMINAT Justin Bieber terkejut apabila penyanyi tersebut secara tiba-tiba membatalkan konsert jelajahnya.

Menerusi laporan E! News, hanya tinggal 14 hari sebelum tarikh konsert tersebut diadakan di Los Angeles, Texas, New Jersey dan Colorado.

Sementara itu, peminat yang sudah membeli tiket meluahkan rasa kecewa apabila mendapat khabar berita tersebut. 

Namun, penyanyi John Mayer tampil mempertahankan rakan artisnya itu menerusi sosial media. 

"Apabila sesorang itu dah menarik semula tarikh untuk konsert jelajah, bermakna mereka tahu ada sesuatu yang akan berlaku jika mereka teruskan juga.

"Sejak akhir-akhir ini kita dah kehilangan ramai artis yang bagus. Saya berikan tanda bagus kepada Justin kerana menyedari perkara tersebut awal," kata John kepada pengikut laman sosialnya.

John Mayer (kiri) dan Justin Bieber sentiasa menyokong satu sama lain. 

Menurut sumber dari konsert jelajah tersebut, Justin terpaksa membatalkan kerana tidak mahu ada perkara yang tidak dijangkakan berlaku.

"Justin terpaksa batalkan konsert sebab tak mahu ada perkara yang dijangkakan berlaku. Dia sayangkan peminat dan benci dengan dirinya kerana terpaksa mengecewakan mereka.

"Malah, dia mengucapkan terima kasih kepada peminat kerana sentiasa memberikan pengalaman yang menarik sepanjang dia melakukan persembahan konsert jelajah selama 18 bulan sebelum ini," kata sumber kepada E! News.

Sehingga kini, masih belum ada kenyataan rasmi dari Justin mengenai tarikh baru untuk konsertnya.

John Mayer, Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain