suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Justin Bieber Diserbu Kerana Tak Berbaju

Justin Bieber menjadi perhatian kerana tidak memakai baju.

TINDAKAN penyanyi sensasi Justin Bieber singgah di sebuah kedai serbaneka di Los Angeles untuk membeli makanan ringan menjadi perhatian.

Mana tidaknya, Daily Mail melaporkan Justin turun daripada kereta tidak memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek sahaja.

Menyedari kehadiran paparazi di kawasan itu dia meluru masuk ke kedai sebelum berlari memasuki kenderaannya bagi mengelak jurugambar merakam fotonya.

Bagaimanapun ramai peminat teruja dengan gaya penyanyi berusia 23 tahun itu yang dilihat sempoi dan bersahaja.

Malah ramai memuji otot badannya selain tatu Justin yang memenuhi badan.

Justin Bieber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain