suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Roger Moore Meninggal Dunia

Roger Moore

AKTOR Roger Moore yang sangat terkenal dengan watak James Bond, meninggal dunia pada usia 89 tahun, umum keluarganya.

Dia telah membawakan watak ejen rahsia dalam tujuh filem James Bond termasuk 'Live and Let Die' dan 'Spy Who Loved Me'.

Keluarga Moore mengesahkan perkhabaran itu di Twitter, menyatakan bahawa dia meninggal dunia selepas 'berjuang dengan kanser dalam masa yang singkat tetapi berani'.

Anak-anaknya menulis kenyataan: "Terima kasih ayah dengan apa yang ada pada diri kamu dan menjadi sangat istimewa kepada begitu ramai orang."

Menurut mereka, Moore akan dikebumikan dalam satu majlis persendirian di Monaco.

Moore pernah memainkan watak James Bond dari tahun 1973 hingga 1985 sekali gus diiktiraf sebagai Bond Terbaik berdasarkan anugerah dan penjurian yang dilakukan melalui undian oleh Anugerah Akademi pada 2004.

Roger Moore, James Bond

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia