Selesai Pembedahan, Julia Perez Minta Kopi & Bakso - Bintang Global | mStar

Selesai Pembedahan, Julia Perez Minta Kopi & Bakso

Keadaan kesihatan Julia semakin baik.

KEADAAN kesihatan penyanyi Indonesia Julia Perez yang kini sedang bertarung dengan penyakit kanser dikhabarkan semakin baik selepas menjalani pembedahan minggu lalu.

Seperti dilapor Detik Hot, adiknya Nia Anggia berkata, Julia sudah mempunyai selera untuk makan.

"Dia minta kopi, tapi doktor masih belum benarkan, dia memang suka sangat minum kopi.

"Dia juga minta makan bakso, tapi dia hanya dapat hirup kuah sahaja," ujarnya.

Dalam pada itu, Nia bersyukur keadaan kesihatan kakaknya itu menunjuk perkembangan yang positif.

Bagaimanapun, kata Nia, Julia masih belum mampu untuk mengenali teman-teman yang datang menziarahinya.

Julia Perez

Artikel Sebelum

Roger Moore Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Lebih Artikel