suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Katy Perry Juri American Idol

Katy Perry bakal bertindak sebagai juri American Idol.

PENYANYI Katy Perry mengesahkan dia bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri American Idol pada tahun hadapan.

Katy mendedahkan perkara itu menerusi Twitter beberapa hari lalu selepas memberi bayangan tentangnya ketika ditemubual menerusi program Ellen DeGeneres Show.

"Sangat gembira ABC Network menerbitkan kembali American Idol.

"Saya akan membawanya kembali ke muzik? Anda di uji bakat?," tulisnya.

Sebelum ini, pihak ABC Network mengumumkan musim ke-15 program popular itu pada tahun lalu adalah yang terakhir.

Bagaimanapun berita pengumuman American Idol akan kembali dengan musim terbaharu pada tahun hadapan mengejutkan semua pihak.

Kedudukan Ryan Seacrest sebagai hos pula masih belum diketahui namun ramai menjangkakan pengacara terkenal itu akan dikekalkan.

American Idol, Katy Perry

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia