suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Leonardo DiCaprio Kembali Solo!

Nina Agdal dan Leonardo DiCaprio berpisah.

PELAKON terkenal Leonardo DiCaprio kembali solo selepas hubungannya dengan Nina Agdal dilaporkan sudah berakhir.

E! Online bagaimanapun melaporkan perpisahan itu dilakukan secara baik dan keputusan itu dilakukan kerana jadual mereka yang padat dan jarang dapat bersama.

"Mereka masih bersahabat cuma hubungan cinta itu tidak menjadi," kata sumber.

Kali terakhir Leonardo, 42, dilihat bersama Nina, 25, yang juga seorang model adalah ketika mereka berada di New York pada bulan lalu.

Pasangan itu mula bercinta pada Mei tahun lalu.

Leonardo sebelum ini pernah bercinta dengan beberapa wanita seperti Kelly Rohrbach, Toni Garrn dan Anne Vyalitsyna.

Pemenang Anugerah Akademi itu juga pernah menjalinkan hubungan dengan model terkenal, Gisele Bundchen dari tahun 2000 hingga 2005 sebelum bercinta dengan Bar Rafaeli selama lima tahun.

Leonardo DiCaprio

Artikel Lain