suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh Skirt Pendek Irene Red Velvet Terselak

Aksi Irene yang cuba menarik skirt pendeknya dari terselak ditiup angin

KECOH seketika apabila skirt pendek milik salah seorang anggota Red Velvet iaitu Irene terselak sewaktu menjayakan sebuah pertunjukan pentas bersempena Daegu Youth Culture & Arts Festival.

Persembahan yang berlangsung di pentas luar diakui terdedah dengan risiko tiupan angin kencang dan apabila melihat penampilan kumpulan wanita ini dengan skirt pendek material ringan, ramai penonton seakan-akan menjangkakan insiden ini bakal berlaku.

"Ketika itu mereka sedang membawa sebuah lagu terbaru berjudul Rookie dan tiba-tiba sahaja angin datang dengan agak kencang membuatkan skirt pendek Irene terselak," kata salah seorang penonton yang menyaksikan persembahan itu.

Jelas kelihatan di pentas, penyanyi itu dari awal kurang selesa dengan kostum tersebut di mana beberapa kali Irene dilihat menarik-narik skirtnya itu setiap kali menari di pentas.

Pun begitu, dia bernasib baik kerana seluar kecil hitam yang dipakai di dalam sering menyelamatkan keadaan.

Masalah kostum sebegitu bukan pengalaman kali pertama dilalui Irene malah setiap kali perlu tampil dengan skirt pendek di pentas, pemilik nama asal Bae Joohyun ini menunjukkan reaksi tidak selesa.

Irene, Red Velvet

Artikel Lain