suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ben Affleck Pindah Berhampiran Kediaman Jennifer Garner

SELEPAS gagal memperbaiki hubungan suami-isteri, pasangan selebriti Ben Affleck dan Jennifer Garner  kini sedang melalui proses perceraian.

Seperti dipetik Us Magazine, aktor berusia 44 tahun itu kini sudah pun berpindah keluar dari rumah Jennifer.

Perkara tersebut didedahkan oleh sumber terdekat menerusi temuramah Us Weekly. Biarpun begitu, Ben mencari rumah yang berhampiran dengan kediaman bintang Miracles From Heaven itu.

"Ben cari rumah sewa berhampiran dengan Jennifer agar dia boleh datang melihat dan menjaga anak-anaknya seperti sebelum ini," ujar sumber.

Sebelum ini, Ben sering menetap di rumah tumpangan berhampiran kediaman pelakon wanita itu jika berlaku perselisihan faham dengan isterinya itu.

Walaupun mengambil keputusan untuk berpisah, namun pasangan ini sudah berjanji untuk menjaga kebajikan anak-anak mereka bersama-sama.

Ben Affleck, Jennifer Garner

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia