Janet Jackson Muat Naik Gambar Pertama Anak - Bintang Global | mStar

Janet Jackson Muat Naik Gambar Pertama Anak

Janet Jackson bersama anak lelakinya, Eissa Al Mana yang dilahirkan pada 4 Januari lalu.

PENYANYI terkenal Janet Jackson memperkenalkan buat pertama kali anak lelakinya, Eissa Al Mana pada Sabtu.

E! melaporkan Janet, 51, memuat naik gambar anaknya itu menerusi laman web rasminya selepas tiga bulan Eissa dilahirkan.

Menerusi gambar itu Janet dilihat sedang memeluk Eissa yang sedang menguap ketika gambar itu diambil.

Janet dan Wissam berpisah selepas lima tahun bersama.

Terdahulu penyanyi itu membuat kejutan apabila dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, Wissam Al Mana selepas lima tahun berkahwin.

Malah Janet dilihat sudah pun berpindah keluar daripada kediaman yang dikongsi bersama Wissam yang terletak di London.

"Mereka sangat sibuk tetapi berjanji akan mendahulukan anak mereka dan menjadi ibu bapa yang baik," kata sumber terdekat penyanyi itu.

Janet Jackson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019