suria

Firma Audit Anugerah Akademi Ke-89 Terima Ugutan Bunuh

Penyampai anugerah, Warren Beatty menunjukkan sampul yang tertera filem Moonlight sebagai pemenang trofi Filem Terbaik pada Anugerah Akademi Ke-89 pada Isnin lalu. Foto AP

FIRMA pengauditan PricewaterhouseCoopers, dilaporkan meneriuma ugutan bunuh selepas kejadian kesilapan sampul pemenang kategori Filem Terbaik Anugerah Akademi ke-89 Isnin lalu.

Pengarah urusan firma iaitu Brian Cullinan dan Martha Ruiz menerima ugutan daripada seorang individu yang tidak berpuas hati dengan kejadian memalukan itu.

Seperti dipetik TMZ, kedua-dua mereka kini mengupah pengawal peribadi sebagai langkah keselamatan.

"Kedua-dua ketua firma berkenaan kini berada dalam ketakutan kini mengupah pengawal peribadi untuk langkah keselamatan yang menjaga keluarga mereka di rumah," ujar sumber.

Terdahulu, pada Isnin, firma perakaunan PricewaterhouseCoopers memohon maaf atas kesilapan pengumuman pemenang kategori Filem Terbaik acara berprestrij itu.

Pihak firma terbabit mengakui penyampai, yang juga bintang filem veteran, Warren Beatty dan Faye Dunaway, diberikan sampul surat salah ketika mengumumkan pemenang kategori berkenaan.

Insiden itu berpunca apabila Faye Dunaway mengumumkan La La Land sebagai pemenang, sedangkan kategori itu milik filem Moonlight.

Oscar89

Artikel Lain