suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelakon 'Friends' Matt LeBlanc Mahu Bersara

Matt LeBlanc berhasrat meninggalkan bidang lakonan pada tahun hadapan. Foto REUTERS
PELAKON yang terkenal menerusi watak Joey Tribbiani dalam sitkom Friends iaitu Matt LeBlanc berhasrat meninggalkan bidang lakonan pada tahun hadapan.

Matt yang kini berusia 49 tahun berkata dia ingin berehat selain memberikan tumpuan kepada kehidupan peribadinya selain meluangkan lebih masa dengan anak perempuannya iaitu Marina yang kini berusia 13 tahun.

"Saya mahu bersara pada umur 50 tahun dan meluangkan lebih masa untuk diri sendiri dan anak saya.

Sitkom popular Friends telah mengangkat nama Matt (atas, paling kiri) dalam bidang lakonan.

"Sekarang saya dalam persediaan ke arah itu," katanya seperti dilaporkan Daily Star.

Marina adalah anak hasil hubungannya dengan bekas isteri, Melissa McKnight.

Dalam pada itu, Matt juga dikatakan akan meninggalkan tanggungjawabnya sebagai hos program popular TOP Gear dan ia mula menimbulkan krisis kepada pihak produksi bagi mencari penggantinya.

Matt menempa nama menerusi Friends yang ditayangkan selama 10 tahun iaitu dari 1994 hingga 2004.

Matt LeBlanc, Friends, TOP Gear

Artikel Berikut

Artikel Lain