Kevin Tamat Kontrak, Umum Keluar U-KISS - Bintang Global | mStar

Kevin Tamat Kontrak, Umum Keluar U-KISS

SETELAH sembilan tahun bersama kumpulan U-KISS, Kevin akhirnya mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan tersebut.

Perkara itu diumumkan oleh agensinya NH Emg pada Khamis bahawa penyanyi tersebut bakal menamatkan kontrak penghujung Mac ini.

Kontrak Kevin dengan NG Emg berakhir pada akhir Mac ini dan kami ingin memberitahu perkara ini kepada peminat bahawa dia ada sebulan sebelum kontrak tamat.

"Kevin juga memilih untuk tidak menyambung kontrak sekaligus keluar daripada kumpulan ini.

"Kami menghormati keputusannya dan berharap dia akan terus berjaya," ujarnya.

Selain itu tambah agensi, kumpulan tersebut akan meneruskan aktiviti seni mereka biarpun tanpa Kevin.

"U-KISS akan mengadakan perjumpaan bersama peminat dengan lima ahli lain di Korea dan Jepun. Kami akan terus mempertahankan kumpulan ini.

"Jadual persembahan dan konsert berjalan seperti biasa," ujarnya.

Sebelum menganggotai U-KISS, Kevin pernah menjadi ahli kumpulan XING namun bertindak keluar pada 2007 dan menyertai U-KISS pada 2008.

U-KISS

Artikel Sebelum

Lebih Artikel

Kematian kanggaru 'sado' ditangisi