suria

Dongwoo Pangku Kekasih Dapat Kritikan

FOTO mesra dipercayai seiras salah seorang ahli kumpulan Infinite iaitu Dongwoo tersebar di laman sosial bersama seorang wanita di sebuah kafe.

Foto tersebut memperlihatkan seorang gadis sedang duduk sambil meletakkan kakinya di kaki pasangan yang dipercayai penyanyi berkenaan.

Netizen mula mengulang siar gambar tersebut apabila baju yang dipakai oleh individu itu sama dengan Dongwoo yang memuat naik foto pada hari yang sama.



Netizen menganggap tindakan pasangan dalam gambar tersebut tidak sopan jika benar individu itu adalah seorang selebriti.

"Kelihatan 'kampung' sekali jika duduk di kafe seperti itu. Mereka sengaja ingin menunjukkan hubungan tersebut kepada umum," ujar netizen pada kapsyen gambar yang dipaparkan.
Dongwoo

Artikel Lain