suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faye Dunaway Tak Ambil Kisah Bikin Malu Di Anugerah Akademi 89

Faye Dunaway (kiri) bersama Warren Beatty ketika diberi tanggungjawab mengumumkan pemenang kategori Filem Terbaik.

WALAUPUN melakukan kesilapan yang memalukan, pelakon Faye Dunaway tidak membiarkan perkara itu merosakkan perasaannya.

Menurut sumber, Dunaway dilihat menikmati burger ketika menghadiri majlis after party sempena Anugerah Akademi ke-89 (Oskar).

"Dia seperti menikmati masa yang indah dalam hidupnya," kata sumber itu secara sinis kepada People.

Dunaway dan Warren Beatty menjadi bualan hangat sejak pasangan itu tersilap mengumumkan La La Land sebagai pemenang anugerah Filem Terbaik yang sebenarnya menjadi milik filem Moonlight.

Tambah sumber itu Dunaway memastikan dia turut sama meraikan malam penuh gilang gemilang bagi bintang Hollywood walaupun terpalit dengan kontroversi.

"Saya tidak akan bercakap mengenainya," kata Dunaway.

Oscars, Faye Dunaway

Artikel Lain