Anak Angkat Madonna Terima Pingat Emas Acara Sukan - Bintang Global | mStar

Anak Angkat Madonna Terima Pingat Emas Acara Sukan

ANAK angkat penyanyi Madonna, Mercy James dilaporkan berjaya mengharumkan nama ibunya apabila meraih empat pingat pada sebuah acara sukan sekolahnya.

Seperti dipetik People, kejayaan itu merupakan satu berita positif kepada ibunya yang turut berkongsi di laman sosial Instagram.

"Mercy bawa pulang empat pingat!," tulis Madonna.

Madonna memuat naik status memuji anak angkatnya di Instagram.
Wanita itu turut memuat naik beberapa foto lain berkaitan Mercy dan rakan-rakannya.

Terdahulu pada dua minggu lalu, anak keduanya, Rocco Ritchi dilaporkan ditangkap akibat  penyalahgunaan dadah.

Anak hasil perkahwinan dengan Guy Richie itu dikatakan menghisap dadah di khalayak menyebabkan jiran tetangga berasa teganggu lalu membuat laporan polis.

Penyanyi ini mempunyai dua orang anak kandung dan dua orang anak angkat yang diambil ketika berkunjung di Malawi.
Mercy James , Madonna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Anak Madonna Ditahan Miliki Dadah

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian