suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ji Chang Wook Belum Sedia Lakonkan Babak Ranjang

Ji Chang Wook
PELAKON Ji Chang Wook  memberitahu sejak bergelar aktor, dia belum pernah melakonkan babak ranjang.

Pelakon drama The K2 itu berkata, dia berasa malu untuk melakonkan babak yang memerlukan dia beraksi babak asmara dengan seorang pelakon wanita.

"Saya sering membayangkan bagaimana jika diminta melakukan adegan ranjang.

"Saya fikir saya tidak akan melakukannya dan menolak skrip yang mempunyai adegan tersebut kerana saya malu berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, aktor ini memberitahu dia tetap bersikap profesional dan akan melakukannya jika diberi sebuah alasan yang kukuh.

"Saya hanya akan melakukan jika pengarah ada alasan yang benar-benar kuat untuk saya melakonkannya, namun jika hanya sekadar sebuah iklan, saya tidak mahu" ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ji Cheng Wook baharu sahaja selesai menjalani penggambaran deama The Seventh First Kiss.

Drama tersebut turut dilakonkan oleh Lee Jun Ki, Lee Jong Suk, Park Hae Jin dan Lee Min Ho. 

 

Ji Chang Wook

Artikel Lain