suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gambar T.O.P Dalam Tandas Cetus Kontroversi

Tindakan T.O.P. memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang berada di dalam tandas mengundang kontroversi.
TINDAKAN penyanyi T.O.P. memuat naik gambar yang menunjukkan dia sedang berada di dalam tandas di Instagram baru-baru ini mencetuskan kekecohan sesama peminat.

Allkpop melaporkan peminat keliru dengan tindakan ahli kumpulan Big Bang itu dan menyifatkan gambar berkenaan tidak senonoh memandangkan dia berada di dalam tandas.

T.O.P. bagaimanapun memadam gambar berkenaan selepas ia mendapat kritikan hebat daripada peminatnya.

Penyanyi itu mengambil foto tersebut yang menunjukkan dia sedang duduk di atas mangkuk tandas dengan meletakkan hastag #poop.

Gambar dimuat naik T.O.P. mengundang kontroversi.

Dalam pada itu, peminat turut membuat spekulasi gambar berkenaan sebenarnya mempunyai maksud tertentu dan ia mempunyai kaitan dengan muzik video terbaharu Big Bang.

"Sebelum ini dia pernah memuat naik gambar seekor babi di Instagram dan rupa-rupanya ia berkaitan dengan muzik video terbaharu mereka.

"Gambar dia sedang buang besar itu juga adalah salah satu strategi sebelum melancarkan album baharu Big Bang," kata peminat dibahagian komen gambar tersebut.

T.O.P., Big Bang

Artikel Berikut

Artikel Lain