suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiket Peminat Bertemu Lee Jun Ki Habis Dalam Masa Lima Minit

AKTOR Lee Jun Ki menjadi antara pelakon paling laris di Korea apabila penjualan tiket untuk peminat bertemu artis itu habis dalam masa kurang lima minit.

Acara bersama peminat berjudul Thank You itu akan dilakukan di beberapa lokasi bermula di Seoul, Nagoya, Osaka dan Yokohama.

Menurut agensi Namooactors, dalam acara tersebut Lee Jun Ki akan tampil menyanyikan sebanyak 10 buah lagu.

"Acara ini bukan acara bertemu peminat biasa, selalunya artis hanya menyanyikan sebanyak empat buah lagu, tapi Lee Jun Ki akan tampil dengan 10 lagu," ujarnya.

Thank You merupakan penghargaan pelakon itu terhadap sokongan yang diberikan oleh peminat-peminatnya selama ini.

Populariti pelakon berusia 34 tahun ini meningkat secara mendadak selepas membintangi drama Scarlet Heart Ryeo.

Lee Jun Ki

Artikel Lain