suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing Kesayangan Keluarga Taeyang Diculik

Taeyong bersama anjing peliharaan keluarganya, Homie yang hilang baru-baru ini.

ANGGOTA kumpulan Big Bang iaitu Taeyong dan keluarganya sedang anjing kesayangan mereka yang diberi nama Homie yang dikatakan diculik baru-baru ini.

Soompi melaporkan abang kepada Taeyong iaitu Dong Hyun Bae mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya bagi merayu agar anjing peliharaan mereka itu dipulangkan kembali.

"Tolong saya mencari Homie. Anjing kami itu telah diculik oleh seseorang di Gyeonggi.

"Homie adalah anjing jenis English Bulldog dan mempunyai tompok hitam dibawah matanya," katanya dalam status berkenaan.

Jelas Hyun Bae lagi, anjing berkenaan akan segera memberi respon sekiranya dipanggil namanya.

"Jika ada sesiapa ternampak Homie tolong maklum kepada saya.

"Homie adalah anjing kesayangan keluarga kami dan kehilangannya membuatkan kami semua sedih," katanya lagi.

Taeyong, Big Bang

Artikel Lain