suria

Salman Khan Jadi Punca Penggambaran Filem Terjejas

Katrina dan Salman Khan.

FILEM berjudul Jagga Jasoos  dilakonkan oleh pasangan yang baharu sahaja dikhabarkan putus cinta iaitu Katrina Kaif dan Ranbil Kapoor mengalami masalah apabila penggambaran ditunda.

Indian Express melaporkan punca utama proses penggambaran tertunda ialah kerana aktor Salman Khan.

Katrina Kaif dikatakan beberapa kali bertemu dengan Salman Khan sehingga menjejaskan masa penggambaran.

Bagaimanapun, pengarah filem Anurag Basu menafikan hal tersebut menerusi laman Twitternya.

"Bagaimana saya dilaporkan menyalahkan Salman Khan pula?, orang yang membuat khabar ini seharuskan menulis cerita yang benar. Industri memerlukan penulis yang bagus," ujarnya.

Filem tersebut merupakan kerjasama antara Katrina dan Ranbir selepas pasangan ini dilaporkan putus cinta.

Ia dijangka akan berada di pawagam pada 3 Jun depan.

Katrina, Ranbir, Salman Khan

Artikel Sebelum

Artikel Lain