suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mark Wahlberg, Dwayne Johnson Disaman Kerana Curi Idea

Dwayne Johnson atau The Rock dan teman baiknya, Mark Whalberg disaman selepas didakwa mencuri idea untuk sitkom terbaharu terbitan mereka berjudul Baller.
PELAKON terkenal Mark Wahlberg dan Dwayne Johnson telah disaman selepas sitkom terbitan mereka berjudul Ballers dikatakan menuri idea daripada program lain.

Saman itu difailkan oleh Everette Silas dan Sherri Littleton selepas mendakwa siri komedi itu mempunyai banyak persamaan dengan rancangan terbitan mereka iaitu Off Season yang disiarkan pada 2007.

Everette dan Sherri berkata, mereka sepatutnya bekerjasama dalam penerbitan sitkom berkenaan namun ia dibatalkan selepas kedua-dua pelakon itu enggan meletakkan nama mereka sebagai pencipta pada bahagian kredit.

Tambah mereka lagi, kedua-dua program berkenaan mempunyai terlalu banyak persamaan yang langsung tidak mendapat kebenaran mereka.
Mark Whalberg, Dwayne Johnson

Artikel Lain