suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pendapatan Big Bang RM529 Juta Sepanjang 2015

Pendapatan kumpulan Big Bang sepanjang 2015 berjumlah RM529 juta.
BIG Bang membuktikan mereka kumpulan k-pop terunggul apabila meraih pendapatan sebanyak AS$126 juta (RM526 juta) sepanjang 2015.

Allkpop melaporkan sebahagian daripada jumlah tersebut datang daripada penjualan lima album single mereka iaitu M, A, D dan E iaitu sebanyak AS$5.2 juta (RM21 juta) yang dilancarkan sepanjang tahun ini.

Manakala mereka juga turut mendapat pulangan lumayan menerusi penjualan menerusi digital iaitu AS$4.4 juta (RM18 juta).

Bagaimanapun keuntungan mereka paling banyak diperoleh daripada konsert jelajah dunia sepanjang 2015 iaitu berjumlah AS$118 juta (RM495 juta).

Perkara itu didedahkan dalam program Myeong Dan Gong Gae baru-baru ini.

Big Bang dianggotai oleh G-Dragon, T.O.P, Taeyang, Daesung dan Seungri.
Big Bang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia