suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jessica Simpson Berjalan 3 Kilometer Sehari Demi Kekal Langsing

Jessica dan suaminya, Eric Johnson.
PENYANYI Jessica Simpson memberitahu dia akan berjalan kaki sejauh tiga kilometer setiap hari untuk mengekalkan berat badannya.

E! Online melaporkan aktiviti berkenaan dilakukan sebagai rutin bersama suaminya, Eric Johnson dan dua anak mereka Maxwell dan Ace.

"Saya berjalan tiga kilometer sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk saya mengekalkan bentuk badang malah ia adalah cara untuk kami sekeluarga menghabiskan masa bersama setiap pagi.

"Anak-anak juga seronok apabila kami membawa mereka berjalan kaki," katanya.

Dalam pada itu, Jessica berkata, sejak bergelar ibu dia lebih mementingkan kehidupan sihat bukan sahaja untuk dirinya tetapi keluarga.

"Mengekalkan kehidupan sihat sangat penting untuk saya dan latihan kecergasan menjadi rutin sejak bergelar ibu," ujarnya.
Jessica Simpson

Artikel Berikut

Artikel Lain