suria

Zico Kemalangan Pulang Dari Pesta Ulang Tahun Rakan

PENYANYI Zico dikhabarkan mengalami kemalangan pada malam Rabu lalu bersama pengurusnya selepas menghadiri sebuah pesta hari jadi rakan mereka.

Menurut Newsen, Zico bagaimanapun tidak mengalami sebarang luka parah akibat kemalangan itu.

Kemalangan tersebut berlaku berikutan pengurusnya yang memandu kereta tersebut berada di bawah pengaruh alkohol.

"Zico tidak memandu kenderaan itu dan dia sebagai penumpang di tempat duduk belakang. Sementara pengurusnya telah melanggar lampu merah dan menyebabkan kemalangan berlaku," ujar pihak polis.

Sementara itu, agensi artis tersebut Seven Season mengesahkan penyanyi itu berada dalam keadaan baik dan boleh menjalankan aktiviti seni seperti biasa.
Zico

Artikel Lain