suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Taeyang (Bigbang) & Aktres Min Hyorin Hangat Bercinta

Taeyang (kiri) dan Min Hyorin.

SELEPAS pelbagai spekulasi diperkatakan, akhirnya anggota kumpulan Bigbang iaitu Taeyang dan pelakon Min Hyorin dilaporkan bercinta.

Menurut maklumat industri hiburan, pasangan itu dikatakan sudah berkawan sejak dua tahun lalu.

Teman kepada pasangan artis itu turut mendedahkan kepada Yonhap News, kedua-dua artis berkenaan sedang menjalinkan hubungan cinta yang serius.

Khabar angin hubungan mereka mula tersebar sejak Januari lalu tetapi pasangan berkenaan tidak memberi kenyataan berhubung kisah itu.

Spekulasi mereka semakin hangat diperkatakan apabila pada Jun lalu Min Hyorin muncul dalam muzik video Taeyang.

Bagaimanapun mereka enggan mengesahkan malah tidak menafikan ketika ditanya percintaan tersebut.

Syarikat pengurusan artis itu YG Entertainment dan JYP Entertainment dilaporkan akan membuat kenyataan berhubung desas-desus itu. - Koreaboo

Taeyang, Bigbang, Min Hyorin

Artikel Lain