suria

Park Gyuri Batuk Berdarah Amalkan Diet Tidak Sihat

AHLI kumpulan KARA, Park Gyuri mendedahkan dia mengamal diet yang tidak sihat untuk menurunkan berat badanya supaya mendapat tubuh yang diidamkan.

Soompi melaporkan, Gyuri dikatakan mengalami masalah batuk berdarah akibat daripada tidak makan selain melakukan senaman secara berlebihan.

"Sepanjang tempoh diet saya tidak makan dan hanya melakukan senaman secara berterusan tanpa mempunyai tidur yang cukup.

"Ketika itu saya cuma menginginkan badan yang cantik kerana merasakan amat malu jika berat badan meningkat," kata Gyuri menerusi sebuah wawancara 4 Things Show.

Selepas mengalami masalah batuk berdarah, Gyuri berkata dia telah menukarkan amalan diet secara sihat untuk mengelak masalah kesihatan yang lebih teruk.
Park Gyuri

Artikel Lain