suria

Taylor Swift Anggap Imejnya Tidak Seksi

Taylor Swift
PENYANYI Taylor Swift menepis dakwaan yang dilemparkan oleh ramai pihak mengatakan dia antara selebriti yang berimej pakaian seksi.

Daily Mail melaporkan kekasih kepada Calvin Harris berkata, dia tidak bersetuju dengan pendapat diberikan orang ramai berhubung imejnya itu.

"Tidak mengapa, saya boleh menerima orang mengatakan diri seksi namun saya sebenarnya lebih gemar berpakaian dengan imej American Sweetheart kerana itu merupakan diri saya yang sebenar," katanya seperti dilaporkan  Contact Music.

Swift sentiasa mendapat perhatian peminat kerana seringkali tampil menawan pada setiap majlis dengan mengayakan pelbagai jenis fesyen.

Dalam perkembangan lain, Swift juga telah dipilih salah seorang wanita yang paling berpengaruh di dunia baru-baru ini menerusi undian peminat.
Taylor Swift

Artikel Sebelum

Artikel Lain