suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bruce Jenner Jalani Pembedahan Runcingkan Dagu

Bruce Jenner dilaporkan menjalani pembedahan plastik pada bahagian wajahnya.

BEKAS pemenang pingat emas Olimpik dan bintang realiti, Bruce Jenner dilaporkan menjalani pembedahan pada bahagian wajahnya untuk kelihatan lebih feminin sebagai salah satu proses peralihan menjadi seorang wanita.

Mirror melaporkan, Bruce melakukan pembedahan pada bahagian dagu untuk kelihatan lebih runcing dan melembutkan wajahnya.

"Bruce meluangkan masa yang banyak untuk proses transformasinya dan mahu ia dijalankan secepat mungkin.

"Transformasi fizikal dan perubahan Bruce menjadi seorang wanita kini hampir selesai," kata sumber.

Bruce menerusi temu bual bersama Diane Sawyer pada bulan lalu mendedahkan secara terbuka keinginannya untuk menjadi seorang wanita.

Terdahulu, bekas bapa tiri Kim Kardashian itu dikatakan turut melakukan prosedur penukaran jantina sebagai melengkapkan transformasinya itu.

Bagaimanapun tiada pengesahan berhubung proses dilakukan Bruce tersebut. 


Bruce Jenner.

Artikel Lain