suria

Ben Affleck & Jennifer Garner Bakal Bercerai

Ben Affleck (kanan) dan Jennifer Garner.

KHABAR angin terus bertiup mengatakan rumah tangga pasangan pelakon Jennifer Garner dan aktor Ben Affleck sedang berantakan apabila mereka dilihat jarang bersama.

Jennifer, 43, juga dilaporkan tidak lagi keluar bersama suaminya itu sebaliknya seringkali berseorangan dan bersama anak-anak.

Terbaru, ibu kepada tiga orang anak itu – Violet, 9, Seraphina, 6, dan Samuel, 3, dirakamkan sedang membeli barang-barang untuk cahaya matanya itu tanpa suami.

Sejak beberapa minggu ini, gosip mengenai masalah rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan.

OK!Magazine dan National Enquirer masing-masing turut melaporkan pasangan berkenaan yang berkahwin pada 2005 telah berpisah dan sedang menghadapi tuntutan cerai berjumlah AS$150 juta (RM525 juta).

Portal berkenaan juga mengatakan Affleck, 42, bakal membuat satu pengumuman sempena 10 tahun perkahwinannya namun tidak diketahui apakah berita yang bakal disampaikan itu. - Mail Online

Ben Affleck, Jennifer Garner

Artikel Lain