suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat Badan Meningkat, John Legend Salahkan Isteri

John Legend dan isterinya Chrissy Teigen.

PENYANYI John Legend menyalahkan isterinya Chrissy Teigen ekoran berat badannya yang meningkat sejak kebelakangan ini.

John yang popular menerusi lagu All Of Me memberitahu isterinya itu sedang menulis buku masakan dan dia terpaksa mencuba semua hidangan disediakan wanita berkenaan.

"Apabila dia memasak berat badan saya pasti akan meningkat tambahan pula hidangan disedikan sangat enak," katanya kepada majalah People.

Kata John lagi, isterinya itu sangat meminati bidang kulinari dan menyokong hasrat wanita berkenaan untuk menulis buku masakan.

"Biarpun saya semakin gemuk tetapi tidak mengapa kerana itu adalah sokongan saya," katanya.

Pasangan itu berkahwin di Itali pada 2013 dan sejak itu Chrissy yang juga seorang model gemar memasak untuknya selain menjemput rakan-rakan mereka ke rumah untuk makan malam.

John Legend.

Artikel Lain