Kim Woo Bin Terkejut Berita Percintaan Suzy (Miss A) - Bintang Global | mStar

Kim Woo Bin Terkejut Berita Percintaan Suzy (Miss A)

Kim Woo Bin terkejut apabila mendapat tahu rakan baiknya, Suzy dilaporkan bercinta dengan Lee Min Ho.

PELAKON Kim Woo Bin mengakui terkejut apabila mendapat tahu Suzy (Miss A) dan Lee Min Ho sedang hangat bercinta ketika ditanya mengenai perkara itu dalam satu temu bual bersama wartawan.

Soompi melaporkan Woo Bin hanya mengetahuinya selepas wartawan menunjukkan artikel berkenaan.

"Saya benar-benar tidak tahu malah masih belum sempat membaca apa-apa artikel mengenainya sehinggalah anda memberitahu saya," katanya.

Biarpun terkejut, Woo Bin gembira untuk Suzy kerana wanita berkenaan adalah sahabat baiknya dan berharap pasangan berkenaan menemui kebahagiaan.

"Mungkin dia sedang mencari masa yang sesuai untuk memberitahu saya kerana kami masing-masing sibuk dengan kerjaya.

"Apa-apa pun saya gembira untuknya dan berharap hubungan mereka akan berkekalan," jelasnya.

Kim Woo Bin.

Artikel Berikut

Artikel Lain