suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lanjutan Siri 'Fast and Furious' Diteruskan Tanpa Paul Walker

Barisan pelakon Fast and Furious.

WALAUPUN sudah diterbitkan sehingga filem ke tujuh, karya Fast and Furious akan terus menjadi 'ladang emas' Universal Pictures apabila terdapat tiga judul lain yang bakal menyusul.

Menurut laporan Aceshowbiz, berita tersebut telah disahkan sendiri oleh pengarah urusan Universal iaitu Donna Langley bahawa akan ada Fast and Furious siri ke lapan, sembilan dan 10 meskipun pelakon utamanya, Paul Walker sudah tiada.

"Sekurang-kurangnya, akan ada tiga lagi sekuel Fast and Furious. Kita lihat dulu macam mana kerana berdasarkan empat siri terakhir, penjualannya begitu pantas.

"Jadi kami fikir, pastinya ada lagi 'ladang emas' buat filem itu," katanya.

Bagaimanapun Langley mengakui, pihak Universal begitu terasa dengan kemalangan yang menyebabkan kematian Paul ketika Fast and Furious siri ketujuh itu masih belum selesai penggambarannya.

Apatah lagi ketiadaan Paul untuk siri-siri seterusnya akan memberi sedikit perbezaan dalam karya tersebut.

Fast and Furious

Artikel Lain