suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Acara Dibatalkan Gara-Gara Kelewatan Krystal f(x)

Peminat hampa tidak dapat bertemu dengan Krystal ekoran kelewatan penyanyi itu tiba pada acara di sebuah pusat membeli-belah di Gangnam baru-baru ini.

KELEWATAN anggota kumpulan f(x) iaitu Krystal menghadiri acara bertemu peminat di sebuah pusat beli belah di Gangnam, Korea Selatan baru-baru ini telah menyebabkan peminat yang menanti kehadiran penyanyi itu hampa.

Soompi melaporkan pihak penganjur terpaksa menunda sesi berkenaan kerana tidak dapat mengawal kehadiran peminat yang memenuhi ruang pusat beli belah itu sehingga menimbulkan kekecohan.

Biarpun hanya terlewat setengah jam namun pihak penganjur tetap berkeras untuk membatalkan acara tersebut kerana kehadiran peminat yang tidak terkawal dan bimbang kejadian tidak diingini berlaku.

Peminat yang menunggu Krystal beberapa jam lebih awal sebelum ini rata-rata melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penganjur namun masih berharap dapat bertemu dengan Krystal pada acara seterusnya.

Krystal, f(x).

Artikel Lain