David Duchovny & Tea Leoni Mahu Cerai - Bintang Global | mStar

David Duchovny & Tea Leoni Mahu Cerai

David Duchovny dan Tea Leoni
SELEPAS 17 tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya David Duchovny dan Tea Leoni memutuskan untuk bercerai.

Menurut laporan E! Online, pasangan itu kini masih lagi dalam proses penceraian di mahkamah.

"Perceraian mereka bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana keretakan rumah tangga mereka sudah dapat dihidu pada beberapa tahun lalu," kata sumber.

Bagaimanapun sehingga kini kedua-dua selebriti itu tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi. Terdahulu, David dan Tea memutuskan berpisah pada tahun 2008 ketika David sedang menjalani pemulihan ketagihan seks.

Namun tidak lama selepas itu mereka kembali rujuk semula.

Pasangan itu berkahwin pada tahun 1997 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Kyd Miller, 12 dan Madelaine West, 15.
avid Duchovny , Tea Leoni , Cerai 2014

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Rakyat Pahang terima Sultan baharu