suria

Pelakon Robin Williams Ditemui Mati

Robin Williams

LOS ANGELES: Pemenang anugerah Oscar dan pelawak Robin Williams ditemui mati di rumahnya di California disyaki akibat bunuh diri, demikian menurut pihak polis.

Menurut kenyataan pihak berkuasa, mendiang yang berusia 63 tahun ditemui mati sebelum tengah hari di rumahnya di Tiburon, California Utara.

"Pada masa ini, Pejabat Bahagian Koroner Sheriff mengesyaki kematiannya berpunca daripada bunuh diri akibat asfiksia (lemas dan sukar bernafas)," kata kenyataan itu.

Menurut laporan media Amerika Syarikat, pelakon veteran itu menghadapi masalah kemurungan.

Menjadi salah seorang penghibur paling dicintai di AS ketika generasinya, Williams sangat terkenal menerusi sitkom terkenal, Mork & Mindy.

Robin Williams

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain