suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ha Ji Won Bakal Ke Hollywood

Ha Ji Won dikatakan bakal mengembangkan karier ke Hollywood.

POPULARITI dan bakat luar biasa  aktres Korea Ha Ji Won ternyata memberinya peluang besar apabila dia dikhabarkan akan mengembangkan kariernya ke Hollywood.

Menurut laporan Soompi, Ha Ji Won sudah pun bertemu dengan ketua pengarah 20th Century Fox, Jefrey Godsick, di Los Angeles pada Isnin lalu mengenai sebuah projek filem terbaharu.

Pelakon itu masih lagi menjalani penggambaran filem Chronicle Of A Blood di Korea, tetapi selepas ia selesai, aktres itu akan kembali ke Hollywood untuk mendapatkan kontraknya.

Bagaimanapun, pihak agensi Ha Ji Won iaitu Haewadal Entertainment enggan memberikan komen lanjut mengenai perkara itu.

"Memang benar kami telah bertemu dengan pihak 20th Century Fox, tetapi kami tidak boleh mengulas lanjut tentang perkara itu," kata jurucakapnya.

Ha Ji Won

Artikel Berikut

Artikel Lain