Shopee Malaysia Lancar Shopee Mall - Niaga | mStar

Shopee Malaysia Lancar Shopee Mall

KUALA LUMPUR: Shopee, pasaran mudah alih di Asia Tenggara dan Taiwan, melancarkan Shopee Mall serba baharu yang mempunyai lebih 100,000 produk untuk memenuhi permintaan pembeli Malaysia.

Pengarah Urusan Serantau Shopee Malaysia, Ian Ho berkata Shopee membentuk platform yang membolehkan rakyat Malaysia membeli-belah produk dan jenama kegemaran mereka, dalam talian, secara langsung daripada pemilik jenama itu sendiri.

“Kami turut menawarkan jaminan ketulenan dan pulangan percuma buat kali pertama,” katanya selepas melancarkan Shopee Mall di sini, Selasa.

Ho berkata Shopee Mall menawarkan peluang kepada jenama untuk memperluaskan capaian mereka selain pengguna tradisional dengan memanfaatkan asas pengguna sedia ada kira-kira empat juta muat turun di negara ini.

Beliau berkata Shopee Mall akan menyediakan akses langsung kepada lebih 300 jenama terkenal dan peruncit besar bagi pengalaman membeli-belah dalam talian premium.

Antara jenama yang terdapat di Shopee Mall termasuklah Nestle, Petronas, Watsons, Senheng, Digi, Coca-Cola, Huawei, L'Oreal dan Xixili, katanya.

Ho berkata pembeli boleh menikmati beberapa faedah termasuk jaminan 100 peratus, 15 hari dasar pemulangan, percuma penghantaran di seluruh negara dan jaminan harga terendah Shopee.

Sempena dengan pelancaran tersebut, Shopee Mall mengadakan jualan pembukaan sehingga 90 peratus diskaun, termasuk baucar diskaun dan pemberian hadiah mulai hari ini hingga 8 Oktober, 2017.-- Bernama 

Shopee Mall

Artikel Sebelum

Nissan Panggil Semula 1.2 Juta Kenderaan

Artikel Berikut

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain