Petronas Siapkan Pemasangan Bumbung Tangki LNG Di Pengerang - Niaga | mStar

Petronas Siapkan Pemasangan Bumbung Tangki LNG Di Pengerang

KUALA LUMPUR: Petronas yang juga penjaga sumber hidrokarbon negara, sudah menyiapkan pemasangan struktur bumbung dua tangki gas  asli cecair (LNG) di Terminal 2 Regasifikasi LNG (RGT2), sekaligus melakar satu lagi detik penting di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Johor.

Pengarah Projek RGT2 Md Shah Mahmood berkata kedua-dua struktur bumbung kubah keluli setinggi 53 meter itu menamatkan aktiviti paling kritikal dalam pembinaan tangki LNG itu bagi memastikannya siap seperti yang dirancangkan.

Menurutnya, dua tangki LNG selebar 88 meter, struktur bumbung setinggi 11.73 meter dan seberat 1,040.1 tan itu turut menjadikannya antara yang terbesar dan terberat di Asia Tenggara.

"Dua tangki LNG yang masing-masing mempunyai kapasiti penyimpanan sebanyak 2,000 meter padu, akan membolehkan RGT2 menyalurkan bekalan gas kepada Loji Kojana (PCP) dan kemudahan lain dalam PIC," katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

RGT2 dibangunkan oleh Pengerang LNG (Two) Sdn Bhd iaitu usaha sama antara Petronas Gas Bhd, Dialog Group Bhd dan Kerajaan Negeri Johor bagi menyediakan perkhidmatan berkaitan LNG, penyimpanan, pengendalian dan regasifikasi membabitkan kapasiti kira-kira 3.5 juta tan setahun.

Sejajar usaha memastikan bekalan gas di negara ini, RGT2 turut dihubungkan kepada sistem Penggunaan Gas Semenanjung menerusi Saluran Paip Gas Pengerang sepanjang 72 kilometer.

Artikel Sebelum

Vivocom kembali untung pada suku kedua

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Saham Samsung Turun Mendadak

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain