Kamarudin Meranun CEO Baharu AirAsia X - Niaga | mStar

Kamarudin Meranun CEO Baharu AirAsia X

Kamarudin Meranun

KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd hari ini mengesahkan Azran Osman Rani mengosongkan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa hari ini.

Syarikat penerbangan jarak jauh tambang rendah itu melantik Pengasas Bersama AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu dan Benyamin Ismail sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, berkuat kuasa serta merta, sebagai sebahagian daripada penyusunan semula berterusan syarikat.

AirAsia X dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata dalam jawatan yang baharu diwujudkan itu, Kamarudin akan menerajui pembangunan strategi bagi AirAsia X Group, yang terdiri daripada AirAsia X, AirAsia X Thailand dan Indonesia AirAsia Extra.

Kamarudin dan Benyamin kedua-duanya akan menerajui penyusunan semula dan pemulihan bagi memantapkan lembaran imbangan syarikat dan memaksimumkan keuntungan bagi memastikan kedudukan kewangan yang lebih kukuh.

Kamarudin berkata dengan adanya pelan ini, AirAsia X akan melangkah ke fasa pertumbuhan seterusnya dan mengekalkan kedudukan penerajunya dalam pasaran jarak jauh tambang rendah.

Mengenai pelantikan beliau, Benyamin berkata AirAsia X akan terus berkembang ke pasaran baharu bagi membina rangkaian serantau yang tiada tandingan.

Beliau menyertai AirAsia Bhd pada 2010, mengetuai pasukan Perhubungan Pelabur dan paling terbaharu memegang jawatan sebagai Ketua Kumpulan Pembangunan Korporat, Pelaksanaan dan Perhubungan Pelabur.

AirAsia X , Kamarudin Meranun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kerajaan Yakin Harga Kereta Turun 20% Pada 2017

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain