suria

Exim Bank Beri Sumbangan Kepada Anak Yatim

KUALA LUMPUR: Bersempena bulan Ramadan yang mulia, Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank) menderma RM5,000 kepada rumah anak yatim Rumah Titian Kaseh.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Adissadikin Ali berkata sumbangan itu telah menjadi tradisi bagi bank dan berharap dapat meraikan banyak lagi anak-anak yatim dalam usaha menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

"Pada tahun 2013, jumlah sumbangan daripada rangka kerja Tanggungjawab Sosial Korporat bank meningkat sebanyak 30 peratus kepada RM1.36 juta berbanding dengan 2012.

"Sumbangan berkenaan disalurkan kepada persatuan kebajikan atau aktiviti kebajikan dan pertubuhan agama bukan mencari untung.

"Sebagai contoh, kira-kira 100 masjid dan surau yang mengurus mereka memerlukan dan yang kurang bernasib baik telah mendapat manfaat tahun ini," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa dengan anak-anak yatim dari Rumah Titian Kaseh.

Pada majlis yang sama, 100 kanak-kanak dari rumah anak yatim itu turut menerima "Duit Raya" daripada bank.


Exim Bank

Artikel Berikut

Artikel Lain