PUNB Sedia RM275 Juta Untuk Skim Pembiayaan - Niaga | mStar

PUNB Sedia RM275 Juta Untuk Skim Pembiayaan

KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasarkan peruntukan sebanyak RM275 juta untuk kelima-lima skim pembiayaannya kepada usahawan tahun ini berbanding RM230 juta pada tahun 2013, kata Ketua Eksekutifnya Dzulkifli Fadzilah.

Menurutnya keputusan itu dibuat berikutan bertambahnya jumlah usahawan, terutama golongan muda.

"PUNB telah dan akan sentiasa memberi dorongan kepada generasi muda yang mahu melangkah ke alam perniagaan. Kami bersedia memberikan pinjaman kepada mereka yang mempunyai projek perniagaan dan produk berkualiti untuk dikembangkan.

"Setakat ini, PUNB menyediakan lima skim termasuk Prosper Runcit, Prosper Pemborong dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)," katanya kepada media selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan yang dikelolakan PUNB.

Dzulkifli berkata antara lima skim tajaan PUNB, dua skim, Prosper Runcit dan Prosper Pemborong, menarik minat usahawan, dan atas faktor itu PUNB memberi keuntungan kepada skim berkenaan yang memperoleh RM160 juta (RM80 juta bagi setiap skim).

Katanya setiap tahun purata usahawan muda yang mendapatkan khidmat kewangan daripada PUNB ialah sekitar 600 hingga 700 orang.

"Kami bakal meletakkan sasaran peruntukan yang lebih tinggi pada tahun hadapan iaitu sebanyak RM325 juta, dan kami berharap melihat lebih ramai lagi golongan muda tampil dengan projek perniagaan yang lebih besar," katanya.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang turut hadir berkata golongan muda yang merupakan penggerak generasi akan datang, harus berani mengambil risiko dan tidak mudah putus asa untuk merealisasikan perolehan ekonomi yang tinggi.

Sektor yang mendapat perhatian usahawan muda termasuk automotif dan telekomunikasi.

PUNB , PKS , Prosper Runcit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain