suria

Tak dapat hadir jemputan sebab poket kering, wanita sedih ahli keluarga marah sampai ungkit, haramkan segala pemberian

Seorang wanita kecewa ahli keluarga mengungkit dan mengharamkan segala pemberian. -Gambar hiasan

SIAPA tidak terasa hati jika adik beradik sendiri suka mengungkit apa sahaja yang pernah diberi kepada ahli keluarga lain.

Seperti perkongsian seorang wanita, dia menceritakan bagaimana seorang ahli keluarganya suka mengungkit dan lebih teruk lagi mengharamkan apa yang pernah diberi kepadanya.

Wanita itu berkata, situasi ini berlaku semata-mata kerana dia tidak dapat datang ke rumah ahli keluarganya itu seperti diminta.

Usah sesekali mengungkit pemberian dihadiahkan buat ahli keluarga.

Usah sesekali mengungkit pemberian buat ahli keluarga.

Turut berkongsi tangkap layar perbualan, wanita itu berkata dia amat kesal kerana ahli keluarganya itu tidak memahami keadaan dirinya yang tiada wang untuk kos pengangkutan.

“Saya tak dapat datang ke rumahnya kerana tidak ada duit minyak dan tol. Dia (ahli keluarga) tinggal di tengah bandar, manakala saya pula jauh di kampung. Kemudian dia (ahli keluarga) tuduh saya sengaja beri alasan.

“Sedangkan, dia (ahli keluarga) tahu saya dan suami baru merantau ke tempat orang. Dia (ahli keluarga) dulu pun pernah hidup susah,” tulisnya, namun tidak menyatakan di mana dia atau ahli keluarganya itu tinggal.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah bercerai, anak jadi mangsa konflik keluarga... Pemuda hadapi tekanan emosi, bapa asyik ungkit hadiah kereta

ARTIKEL BERKAITAN: Tak puas hati suami melepak tak tapau makanan, isteri ungkit pasal duit belanja rumah - “Dia terus campak kad bank dekat saya”

Sebaik mendapat tahu dia tidak dapat hadir, ahli keluarganya itu berang dan terus mengharamkan serta barangan lain yang pernah diberikan kepadanya dan anak lelaki sebelum ini.

“Saya tak pernah meminta-minta dan segala pemberian adalah atas kehendak dia sendiri dan kini dia ungkit.

“Saya sudah buang semua baju yang diberikan buat anak saya. Cuma duit yang diberikan kepada keluarga saya tak dapat nak ganti lagi,” katanya.

Saya tak dapat datang ke rumahnya kerana tidak ada duit minyak dan tol.

PENGADU

Tambah wanita itu, mereka adalah dua beradik yang datang dari keluarga berpecah belah dan kini dirinya hanya bergantung harap dengan suami.

Perkongsian ibu dengan seorang cahaya mata itu mendapat pelbagai reaksi warganet malah ramai mengakui memiliki ahli keluarga yang gemar mengungkit.

Antara komen warganet turut merasai perkara sama.

Antara komen warganet.

“Kakak saya macam ni la perangai dia. Diungkitnya semua benda. Dibodohkan saya laki bini. Saya malas nak gaduh sebab tahu dia memang jenis tak matang walaupun dia seorang kakak.

“Haram? Dengan segera pulangkan segalanya dan jauhkan diri daripada dia. Biarkan dia dengan hidup dia. Fikir diri sendiri dan anak anak," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain