suria

“Kenapa abang tak marah Baby?” - Isteri pelik suami terlalu penyabar, 11 tahun kahwin tapi tak pernah tinggi suara

Seorang isteri mempersoalkan sikap suaminya yang terlalu penyabar.

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Perselisihan faham dan pertengkaran dianggap lumrah dalam rumah tangga.

Namun bagi seorang wanita, sikap suaminya yang tidak suka marah sejak lebih sedekad berkahwin menimbulkan tanda-tanya.

“Normal ke isteri rasa pelik kalau 11 tahun kahwin, suami tak pernah marah-marah?” soalnya.

Seorang wanita mendirikan rumah tangga selama lebih sedekad. -Gambar hiasan

Menerusi perbualan yang dirakam ketika berada di dalam kereta, wanita itu bersemuka dengan suaminya bagi mendapatkan kepastian.

“Kenapa abang jarang marah Baby? Macam tak pernah marahlah. Kenapa?” kata wanita itu yang membahasakan dirinya sebagai Baby kepada suaminya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati berbunga dapat suami sweet, kalau gaduh pasti beri minum! Dah setahun kahwin baru tahu diberi air campur ludah

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan kisah rumah tangga artis... wanita ini dilabel derhaka buat ‘content’ tengking suami, jadikan tempat lepas geram

Dalam rakaman secara tersembunyi itu kedengaran suara lelaki dipercayai suaminya menjawab pertanyaan yang berbangkit.

Saya tak suka marah. Baby suka tak kalau kena marah? Nak suruh abang marah Baby?” jawab suaminya dengan wanita itu hanya menggelengkan kepala sebagai tanda tidak suka dimarahi.

Bagi wanita itu dia beranggapan bahawa perbuatan suami memarahi isteri adalah suatu perkara normal dalam rumah tangga.

Wanita itu bertanyakan soalan bertubi-tubi kepada suaminya.

Tidak berpuas hati dengan jawapan suaminya, dia bertanya lagi sama ada terdapat sebarang perkara yang dilakukannya selama ini sehingga menimbulkan kemarahan suami.

“Kalau suami marah tu macam normal. Ada tak benda kadang-kadang abang rasa macam geramnya nak marah. Nak marah tu ada?” soalnya lagi.

Suaminya kemudian mengangguk namun menjawab dia lebih suka mengambil pendekatan untuk bertenang dan berdiam diri daripada mencetuskan kemarahan.

“Diam jelah, nanti kalau marah balik jadi lain, nanti jadi orang lain. Syaitan menghasut, dia tak menghasut suami, tapi dia menghasut isteri.

“Isteri lah selalunya, sebab itu isteri tak boleh jadi ketua keluarga,” kata si suami yang merujuk seseorang isteri boleh bersikap di luar kawalan sekiranya hubungan menjadi tegang.

Untung tak kena marah... kalau kena marah mulalah nak buat status WhatsApp, buat-buat sedih.

NETIZEN

Di ruangan komen, rata-rata netizen pelik dengan pertanyaan wanita itu terhadap suaminya.

Rata-rata mereka turut memberi pandangan masing-masing mengenai sikap suaminya yang berpendirian untuk tidak memarahi isteri kesayangan.

“Antara dua je, suami penyabar atau dia dah lali, malas nak layan dan tidak peduli. Harap-harap yang penyabar itulah.

“Untung tak kena marah. Kalau kena marah, mulalah nak buat status WhatsApp, buat-buat sedih. Tak marah salah, marah pun salah, semua salah.

“Jangan menguji kemarahan lelaki kak. Lelaki jarang marah ni kalau keluar kemarahan memang auto menyesal. Dalam lembut-lembut ada ‘singa’, dalam garang-garang ada lembutnya,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Wanita itu kemudian tampil menjelaskan bahawa suaminya boleh mempunyai perasaan marah tetapi apabila sesuatu perkara melibatkan orang lain.

“Dia boleh marah orang lain, tapi bukan isteri dia. Kalau marah untuk teguran tu, pada saya okay je. Cuma nada suara tu kena lembutkan sikit,” katanya.

Kenyataan wanita itu ternyata mengundang kelucuan dalam kalangan netizen.

“Marah mana ada lembut kak,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain